SEJARAH RUKUN TETANGGA
Skim Rukun Tetangga telah diperkenalkan pada tahun 1975 berikutan dengan berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) 1975 di bawah Ordinan Darurat 1969. Skim ini telah dilancarkan oleh TunAbdul Razak, Perdana Menteri pada 29 Ogos 1975 dalam Sektor RukunTetangga Kampung Kasipillay, Kuala Lumpur.
Pada peringkat awalnya, Skim Rukun Tetangga ini berfungsi bagi mengawal keselamatan kawasan kediaman. Skim ini merupakan suatu langkah yang membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka berikutan dengan beberapa kejadian yang mengancam keselamatan negara pada waktu itu.
Denga itu, tumpuan telah diberi kepada tugas rondaan yang diwajibkan kepada penduduk yang berumur di antara 18 hingga 55 tahun yang menetap dalam kawasan Sektor Rukun Tetangga. Mulai 1 Januari 1983, kerajaan telah menyusun semula Skim Rukun Tetangga berkonsepkan semangat kejiranan untuk memperkukuhkan perpaduan di kalangan komuniti setempat. Pelaksanaan skim ini dibuat mengikut 3 kategori iaitu Kawasan Rukun Tetangga, Sektor Pendaftaran, Sektor Keselamatan dan undang undangberkaitan Peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) 1975 telah pun dipinda bagi tujuan tersebut. Skim ini telah diperluaskan ke negeri Sabah 1985 dan ke negeri Sarawak pada tahun 1988.



0 Response to "SEJARAH RUKUN TETANGGA"
Catat Ulasan